Wednesday, November 18, 2009

Peristiwa yang Tidak Dapat Kulapakan

Aku terlihat sesuatu yang mencurigakan ketika melalui rumah itu. Aku pun menghampiri kehadiran diesedari oleh penghuni rumah itu.
Aku mengintai dari celah tingkap. Alangkah terkejutnya apabila aku terlihat seorang budak diikat manakala mata dan mulutnya tertutup berada di dalam rumah tersebut. Kelihatan juga dua orang pemuda di situ. Tentulah mereka penjahat yang menculik budak itu.
Salah seorang penculik itu sedang menggunakan telefon bimbitnya. Dia sedang mengugat seseorang sambil meminta wang tebusan. Barulah aku sedar, satu kejadian jenayah sedang berlaku. Aku perlu mengambil tindakan.
Dengan perlahan-lahan aku menuju ke pondok telefon. Aku menghubungi ayahku dan menceritakan perkara yang kulihat. Aku memintanya supaya menelefon pihak polis. Aku terus berada di situ sambil memerhatikan gerak-geri penculik di dalam rumah itu.
Tiba-tiba, dua buah kereta polis tiba lalu menyerbu rumah tersebut. Penculik tersebut berjaya ditangkap. Kanak-kanak itu pula dapat diselamatkan.
Pihak polis mengucapkan terima kasih atas keberanianku. Kedua-kedua orang ibu bapa budak itu amat berterima kasih kepada aku atas jasaku.

Ditulis oleh: Low Zhao Gene

No comments:

Post a Comment